Organisasi Seketariat Pengakap Kelana Negeri KLKM
Objektif program ini antaranya adalah untuk memperkembangkan lagi potensi dari segi kepemimpinan, berdisplin, berkerjasama, berdikari, bertanggungjawab serta berdaya juang yang tinggi. Mendapat kemahiran dalam pelbagai aktiviti kepengakapan terutamanya Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana dan seterusnya mempamerkannya. Mendapat pengalaman menyertai aktiviti perkhemahan bagi melahirkan Pengakap Kelana yang berwawasan, imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang dan berkemampuan menangani segala masalah dan pancaroba hidup. Dapat menjalankan semua aktiviti perkhemahan yang telah ditetapkan dan mendapat Lencana Perkhidmatan yang diperuntukkan dalam skim Pengakap Kelana. Dapat meneroka kawasan tempatan pulau perhentian. Memahami hubungan antara ekosistem dan spesies tumbuhan dan kehidupan laut dengan habitat keperluan mereka. Dapat menjalankan semua aktiviti yang telah ditetapkan untuk memperolehi lencana World Scout Enviroment Programme(WSEP)