Lawatan Kerja Penanda Arasan dan Kolaborasi Aktiviti Pengantarabangsaan KLKM 2018 ini telah diadakan pada 5 hingga 8 April 2018 di - Medan Indonesia. Delagasi lawatan KLKM disertai 17 pemimpin yang terdiri daripada berbagai daerah KLKM dari IPTA dan IPTS. Objektif lawatan ini adalah untuk melakukan penanda arasan perlaksanaan program Gerakan Pramuka, menjalinkan kolaborasi pintar pertukaran kepakaran kepimpinan kepengakapan antara KLKM dan Gerakan Pramuka Indonesia, dan juga meningkatkan kerjasama serumpun dan peningkatan kompentensi dalam melaksanakan program dan aktiviti kepengakapan antara Negeri KLKM dan Gerakan Pramuka Indonesia.

 

Deligasi lawatan KLKM juga mengambil peluang dengan mengadakan pertemuan bersama Ketua Kwartir Cabang Gerakan Pramuka Kota Medan, Tuan M Husni dan juga Konsulat Jeneral Malaysia di Kota Medan iaitu Tuan Amizal Fadzli bin Razali. Antara intipati pertemuan ini membincangkan peluang kerjasama diantara kedua belah pihak disamping membina ikatan persaudaraan diantara ahli KLKM dan Gerakan Pramuka Indonesia. Satu lagi pertemuan penting diadakan bersama Gerakan Pramuka Universitas Islam Sumatera Utara (UISU). Lawatan ke Kampus UISU disambut oleh Pembatu Rektor, Prof. Drs. Effendi Barus, MA, Phd. Pertemua selama hampir 2 jam ini antaranya membincangkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan peluang kolaborasi diantara KLKM dan UISU di masa akan datang. 

Saturday the 15th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates