Pada 23 mei 2018, bertempat di Dewan Kuliah ULPL, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah berlangsung dengan jayanya majlis perlantikan watikah bagi Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta Malaysia. Majlis yang berlangsung selama tiga jam itu telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohammad, PJK selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) bagi menyempurnakan penyampaian watikah dan ikrar persetiaan pengakap.

 

Dua orang pengarah Mejar (K) Mohd Noor bin Shahudin dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Dan Dr. Mohd Zahari Bin Ismail dari Politeknik Syed Sirajuddin telah dilantik sebagai dipertua bagi daerah klkm masing-masing. Perlantikan watikah juga disampaikan kepada ketua pesuruhjaya bagi pengurusan zon utara, ahli majlis kehormat,pesuruhjaya daerah, penolong pesuruhjaya daerah dan penolong pemimpin bagi daerah-daerah di bahagian zon utara.

Sebagai penutup majlis yang berlangsung di bulan ramadhan, maka satu majlis berbuka puasa menyusul selepas itu yang berlangsung di Kulim Golf Resolt sebagai menghargai pengorbanan dan kerjasama semua pemimpin-pemimpin KLKM yang komitmen dan bertanggungjawab menjalankan tugas kepengakapan dengan baik di negeri dan daerah KLKM masing.

Dengan berlangsungnya majlis ini, semoga ianya menjadi suntikan memupuk semangat kerjasama diantara semua daerah-daerah KLKM zon utara bagi mewujudkan jalinan yang erat dan membentuk kerjasama untuk setiap program yang dijalankan sekitar zon utara. Semoga pengakap terus berkembang dengan maju.

Sunday the 21st. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates