Istiadat Perbarisan Dan Penganugerahan Baden Powell (BP-Award) & Manikayu Peringkat Kebangsaan PPM Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia IPTA/IPTS) Kali Ke IV 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 17-20 November 2017 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu. Istiadat kali pertama telah di adakan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan diikuti kali ke dua di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. Universiti Malaya (UM) telah menjadi tuan rumah pada kali ketiga. Manakala untuk kali keempat melalui Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di pilih sebagai tuan rumah bagi tahun 2017.

Penduduk Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Nerus teruja apabila melihat sekumpulan besar Pengakap beruniform lengkap membersihkan kawasan kampung mereka. Peluang ini tidak dilepaskan oleh penduduk untuk turut sama berganding bahu dalam program ini. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus (UniSZA) telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Nerus Terengganu pada 18 November 2017.

Kaedah bagi menjayakan matlamat PPM ialah dengan menyediakan satu skim yang menarik dalam latihan progresif, berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dan dengan panduan Kepimpinan Dewasa. Untuk kejayaan sasaran ini, merupakan satu skim latihan yang luas iaitu Latihan Kepimpinan Manikayu disediakan kepada Pemimpin Dewasa. Ia bertujuan untuk membangunkan kemampuan dan kemahiran yang perlu bagi pemimpin dalam melaksanakan Program Pengakap yang mana merangkumi kemahiran Pembangunan Sahsiah untuk membantu Pemimpin dalam menjalankan kaedah Pengakapan dan menyumbangkan cara yang maksima kepada Pembangunan diri muda-remaja.

Ekspedisi suatu pengembaraan yang sering kita dengar berkaitan aktiviti yang lasak untuk para belia. Ianya juga suatu perjalanan yang mempunyai tujuan dengan menempuh berbaga-bagai cabaran dan rintangan. Eksplorasi pula adalah suatu penerokaan baru bagi menimba ilmu dan pengalaman yang belum pernah ditempuhi atau mungkin bagi menambah pengalaman yang lebih mencabar dari yang biasa sebelum ini. ‘Cuci’ ini diistilahkan kepada membersihkan alam sekitar daripada pembuangan sampah sarap yang telah ditinggalkan oleh pelancong dan pengembara. Di samping ini juga secara tidak langsung mewujudkan kesukarelaan terhadap aktiviti pemeliharaan alam sekitar. Maka program ini diberi nama XC.FIT.MT.KINABALU.17 dengan merujuk kepada “X”adalah Ekspedisi & Eksplorasi, “C” adalah Cuci dan “FIT” atau fitness adalah Kecergasan.

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merupakan sebahagian daripada Negeri yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). KLKM  adalah nadi kepada pergerakan  Pengakap di Institusi Awam & Swasta. Segala aktiviti KLKM diselaraskan melalui Negeri KLKM yang dianggotai oleh semua institusi yang menubuhkan KLKM.

Sunday the 25th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates