Universiti Malaya (UM) dipilih sebagai tuan rumah Istiadat Perbarisan & Penganugerahan Baden-Powell Award & Manikayu Peringkat Kebangsaan PPM Negeri KLKM (UA/IPTS) kali ke-3, di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Universiti Malaya, pada 17-20 November 2016. Program anjuran Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia ini membabitkan seramai 75 ahli krew kelana dari pelbagai daerah yang telah memenuhi syarat wajib bagi melayakan mereka menyertai perkhemahan pentarafan Anugerah Baden-Powell kali ini yang bermula dari 16 November hingga 20 November. 9 daerah KLKM yang menyertai ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Putra Malaysia Cawangan Bintulu (UPM-Bintulu), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

Anugerah Baden-Powell (BPA) merupakan anugerah tertinggi yang boleh dicapai oleh pengakap kelana. 15 ujian perlu dihadapi oleh para calon dan badan penilai Anugerah Baden Powell Award akan menentukan calon yang lulus dan seterusnya melayakkan meraka menerima Anugerah Baden-Powell Award. Para peserta yang lulus juga akan menerima apolet dan rambu BP Award yang penuh prestij sebagai tanda kejayaan. Antara ujian yang terdapat dalam perkhemahan pentarafan ini ialah Ujian Pengetahuan & Pengurusan Personaliti, Ujian Istiadat Mengibar Bendera, Ujian Kawad Kaki & Kawad Tongkat, Ujian Orienteering, Peta & Penganggaran, Ujian Model Projek Perintis, Ujian Pengucapan Awam, Ujian Kem Kraf Tapak Perkhemahan, Ujian Perkhidmatan, Ujian Projek Perintis, Ujian Khidmat Masyarakat, Ujian Pengurusan Protokal Majlis, Ujian Ikatan & Simpulan, Ujian Buku Log, Ujian Penilaian Pengetahuan dan Ujian Ikhtiar Hidup.

Anugerah B-P Award  yang penuh berprestij ini telah di sempurnakan  pemakaian apolet dan rambu BP-Award oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh dan Ketua Pesuruhjaya Negeri KLKM, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad.

Friday the 19th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates