Kursus Kemantapan Kepimpinan Kelana (4K) & Kursus Kemantapan Kepimpinan Ketua-ketua Kelana (6K) telah diadakan di Politeknik Shah Alam pada 27-30/4/42019. Seramai 37orang peserta dari negeri KLKM telah menyertai Program ini. Kursus yang dijalankan selama 4H3M ini merangkumi modul-modul yang diperlukan bagi melengkapkan kriteria calon BPA pada tahun 2019. Antara modul yang  terlibat ialah :

 

  • Kursus Pemadam Api: Kursus ini diketuai oleh Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Seksyen U8 Shah Alam. Peserta di ajar dan dilatih cara memegang hos (menjinjit, menggalas, mengepit), cara mengangkat dan menggunakan alat pemadam api dan cara membentangkan dan menggulung hos. Peserta juga diterangkan secara terperinci tentang alatan-alatan yang terdapat pada trak bomba. Setiap peserta juga dilatih untuk menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul.
  • Ceramah Silang Budaya: Modul ini diketuai oleh Miss Lee Yong Yong dari PSA. Dalam ceramah beliau, beliau menerangkan kepada peserta tentang budaya yang terdapat di Malaysia mahupun di negara luar. Miss Lee Yong Yong juga mengajukan beberapa soalan berkaitan Silang Budaya dan meminta para peserta memberi pandangan mereka untuk menguji pengetahuan mereka tentang budaya di Malaysia dan di negara Barat.
  • Safe from Harm: menjalankan ujian secara atas talian di laman web WOSM.
  • Program Khidmat Masyarakat: Program ini diadakan di KIB yang terletak berhampiran dengan PSA. Peserta diberi tugas untuk mengecat pagar surau, membersihkan kawasan halaman surau manakala peserta perempuan diberi tugas untuk membersihkan kawasan didalam surau.

Diharapkan modul-modul yang terlibat dalam Kursus ini memberi impak yang positif kepada para peserta. Semoga peserta yang menyertai Kursus ini, berjumpa kita di Kursus 5K.

Wednesday the 24th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates