Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merupakan sebahagian daripada Negeri yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). KLKM  adalah nadi kepada pergerakan  Pengakap di Institusi Awam & Swasta. Segala aktiviti KLKM diselaraskan melalui Negeri KLKM yang dianggotai oleh semua institusi yang menubuhkan KLKM.

 

Sebagaimana PPM menganjurkan Kursus Ketua Enam Sekawan bagi murid sekolah rendah dan Kursus Ketua Patrol bagi murid sekolah menengah samada peringkat negeri atau peringkat kebangsaan, KLKM juga mengadakan aktiviti yang seumpamanya. Aktiviti tersebut adalah dikenali sebagai Kursus Ketua Krew Kelana (4K) bagi Pengakap Kelana yang berumur 18 tahun dan ke atas terutama Ahli Kelanasiswa atau Pelajar di Institusi Awam & Swasta. Program ini seumpama perintis kepimpinan kerana ia adalah produk program KLKM yang diadakan di Malaysia. Program ini sesuai dijadikan salah satu daripada aktiviti kepimpinan bagi Universiti dan IPT kerana ia merupakan aktiviti yang sesuai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang boleh melibatkan penyertaan dari semua institusi awam & swasta yang lain di dalam mahupun luar negara. Peserta yang menyertai program ini akan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K).

Motto

  • "Kelanasiswa Pemangkin Kelestarian Institusi Pendidikan"

 Tarikh

  • Program ini akan dijalankan pada 10 ~ 13 OGOS 2017 iaitu Khamis ~ Ahad (4 hari/3 malam).

 Tempat

  • Kem Bina Negara Ulu Sepri, Pedas, Negeri Sembilan.

Objektif Kursus

  • Peserta boleh memimpin dan selia sesuatu kumpulan dengan cara yang berkesan dan efektif.
  • Peserta didedahkan dengan Sistem Krew yang berkesan dan bersistematik bagi memenuhi kehendak Skim Latihan Pengakap Kelana dan Ko-Kurikulum Berkredit (KKB).
  • Peserta boleh merancang dan melaksanakan sesuatu acara atau program dengan baik.
  • Peserta boleh membuat Buku Log dalam bentuk portfolio dengan sempurna.
  • Peserta yang lulus akan dianugerahkan Lencana Kepimpinan dan dilayakkan ke Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K) dan melakukan beberapa aktiviti dalam Lencana Perkhidmatan mengikut Skim Latihan Pengakap Kelana ke arah mencapai Anugerah Baden Powell dan Pingat (Gangsa/Perak) Anugerah Remaja Perdana (ARP).

Matlamat

  • Melahirkan pemimpin kelanasiswa yang berkualiti, berpersonaliti tinggi dan semangat kesukarelawan selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan daerah-daerah institusi pengajian tinggi awam & swasta di Malaysia.

Anjuran

  • PPM Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia.

 Anjuran Bersama

  •  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

 Sasaran

  • Ahli Kelanasiswa (Pelajar) = 46
  • Jurulatih / Penceramah / Fasilitator = 10
  • Urusetia / Pembantu = 5

 

Friday the 21st. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates