Ekspedisi suatu pengembaraan yang sering kita dengar berkaitan aktiviti yang lasak untuk para belia. Ianya juga suatu perjalanan yang mempunyai tujuan dengan menempuh berbaga-bagai cabaran dan rintangan. Eksplorasi pula adalah suatu penerokaan baru bagi menimba ilmu dan pengalaman yang belum pernah ditempuhi atau mungkin bagi menambah pengalaman yang lebih mencabar dari yang biasa sebelum ini. ‘Cuci’ ini diistilahkan kepada membersihkan alam sekitar daripada pembuangan sampah sarap yang telah ditinggalkan oleh pelancong dan pengembara. Di samping ini juga secara tidak langsung mewujudkan kesukarelaan terhadap aktiviti pemeliharaan alam sekitar. Maka program ini diberi nama XC.FIT.MT.KINABALU.17 dengan merujuk kepada “X”adalah Ekspedisi & Eksplorasi, “C” adalah Cuci dan “FIT” atau fitness adalah Kecergasan.

 

Oleh yang demikian, setiap belia perlu diberi peluang dalam mencuba aktiviti sebegini bagi mencapai sesuatu impian bagi memacakkan bendera KLKM di puncak Gunung Kinabalu dan ianya adalah khazanah warisan negara serta secara tidak langsung adalah puncak tertinggi di Asia Tenggara yang perlu dibanggakan terutama bagi warga KLKM. Selain itu secara tidak langsung latihan dan panduan dari segi kepimpinan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara serta daya juang jatidiri yang hebat sebagaimana dikehendaki oleh semua pemimpin di dunia ini. Lantaran itu ianya juga ia adalah visi dan misi kami untuk melahirkan lebih ramai belia yang mepunyai kepimpinan yang berkesan dan jatidiri yang tinggi serta penggerak kepada kesukarelawan, kemasyarakatan, kebudayaan dan semangat warisan di kalangan belia yang cergas dan cerdas.

Motto

  • "KELANASISWA BERINTEGRASI JATIDIRI, BELIA BERASPIRASI KECERGASAN "

Tarikh

  • Program ini akan dijalankan pada 4 ~ 8 September 2017 iaitu hari Isnin hingga Jumaat (5 hari). Bertolak ke destinasi pada 4 September 2017 jam 5.00 pagi (Isnin).

 Tempat

  •  Kinabalu Park, Kundasang, Sabah

Objektif

  • Peserta boleh melakukan ekspedisi pendakian yang selamat, mengeksplorasi alam, membersihkan persekitaran dan fit belia yang cergas.
  • Peserta akan diberi teknik aspirasi kepimpinan yang berkesan dan pemahaman integrasi jatidiri yang unggul sesuai dengan prinsip kewarganegaraan yang positif kepada negara.
  • Peserta boleh bersama-sama dengan masyarakat setempat bagi kerja-kerja aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan.
  • Peserta dilatih dengan semangat berpasukan dalam menempuh cabaran melalui aktiviti ini dengan memacakkan bendera IKTBN Chembong dan KLKM di tempat yang tertinggi di Asia Tenggara.

Matlamat

  • Melahirkan pemimpin, belia dan kelanasiswa yang berkualiti, berpersonaliti tinggi dan semangat kesukarelawan serta berdaya cergas, berkepimpinan berkesan dan jatidiri yang tinggi kepada masyarakat dan negara selaras dengan dasar Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan daerah-daerah institusi awam & swasta di Malaysia.

Anjuran

  •  PPM Negeri  Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia

 Kerjasama

  • PPM Daerah Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia IKTBN Chembong
  • Rembau Sport Recreation Extreme Club (RESREC)
  • Krew Pengakap Kelana (A) Gombak (KAGOM ROVERS)

Nama Peserta

  • Affendy Zabkha bin Mohamad Zain
  • Sharudin bin Mohamad Yusoff
  • Mohd Faizal bin Mohad Sahar
  • Abdul Akif bin Rahim
  • Muhamd Fadly bin Mansor
  • Mohd Khir bin Che Rose
  • Muhamad Farien Faizal Bin Shamsul
  • Mohd Dendera Billah bin Zamzuri

Tuesday the 23rd. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates