Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa (KLKM) akan menganjurkan Program Sukauto Innovation Challange 1.0 (SIC 1.0). Program ini berbentuk pertandingan rekacipta dan inovasi yang julung kali diadakan di peringkat kebangsaan. Untuk maklumat lanjut berkaitan program sila muat turun pautan yang disediakan disini.

 

Pada 15 September 2018, bertempat di Taman Alam Kuala Selangor, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam(KLKM PSA)  telah menganjurkan Program M.O.P; Program Penanaman Pokok Paya Bakau di Taman Alam Kuala Selangor. Seramai 30 orang peserta telah menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk melatih dan menggalakkan ahli pengakap unutk terus berkhidmat kepada masyarakat dan persekitaran. Sekiranya pengakap melakukan tindakan perkhidmatan dan berkongsi dengan pihak lain, mereka boleh mendapatkan lencana MoP.

Objektif program ini antaranya adalah untuk memperkembangkan    lagi    potensi    dari    segi kepemimpinan,       berdisplin,       berkerjasama, berdikari,  bertanggungjawab    serta    berdaya juang yang tinggi. Mendapat   kemahiran   dalam   pelbagai   aktiviti kepengakapan          terutamanya          Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana dan seterusnya mempamerkannya. Mendapat      pengalaman      menyertai      aktiviti perkhemahan bagi melahirkan Pengakap Kelana yang berwawasan, imej kendiri positif, berakhlak mulia       serta       berfikiran       matang       dan berkemampuan menangani segala masalah dan pancaroba hidup. Dapat menjalankan semua aktiviti perkhemahan yang  telah  ditetapkan  dan  mendapat  Lencana Perkhidmatan  yang  diperuntukkan  dalam  skim Pengakap Kelana. Dapat    meneroka    kawasan    tempatan    pulau perhentian.     Memahami    hubungan     antara ekosistem     dan     spesies     tumbuhan     dan kehidupan    laut    dengan    habitat    keperluan mereka. Dapat  menjalankan  semua  aktiviti  yang  telah ditetapkan   untuk  memperolehi  lencana   World Scout Enviroment Programme(WSEP)

Majlis Eksekutif Negeri

Pada 23 mei 2018, bertempat di Dewan Kuliah ULPL, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah berlangsung dengan jayanya majlis perlantikan watikah bagi Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta Malaysia. Majlis yang berlangsung selama tiga jam itu telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohammad, PJK selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) bagi menyempurnakan penyampaian watikah dan ikrar persetiaan pengakap.

Majlis Pengakap Negeri 2018

Sedang dikemaskini

Pesuruhjaya Kehormat Negeri

Wednesday the 14th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates