Perutusan KPPNg
Majlis Apresiasi KLKM ini telah diadakan pada 24 Mac 2018 di Auditorium Jurutera Raden Umar, Fakuti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Majlis ini dihadiri sekitar 230 orang peserta yang terdiri daripada peserta dari KLKM UPM sendiri dan juga ahli KLKM dari IPTA dan IPTS lain. Majlis ini dianjurkan untuk memberikan penghargaan kepada ahli KLKM yang telah memperoleh pelbagai pencapaian yang cemerlang sepanjang menjadi ahli KLKM. Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk mengeratkan ukhwah antara ahli KLKM antara pelbagai IPT yang berbea. Pengisian majlis pada malam itu ialah Sesi Pengalungan Manikayu, Sesi Penganugerahan Sijil dan Majlis Pelancaran Majalah Kelanasiswa yang pertama kali diterbitkan untuk ahli- ahli kelanasiswa. Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh selaku Ketua Pengakap Negara.
Secara keseluruhan program ini telah berlangsung selama sehari yang bertempat di Auditorium Jurutera Raden Umar, Fakuti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia pada 24 Mac 2018. Majlis Apresiasi Negeri KLKM bermatlamatkan untuk memberi penghargaan kepada ahli KLKM yang telah memperoleh pencapaian yang cemerlang sepanjang menjadi ahli KLKM. meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan kerja kumpulan dalam Pengakap Kelanasiswa UPM. Selain itu, memberi pendedahan dalam melatih kemahiran komunikasi sesama ahli Pengakap Kelanasiswa UPM disamping mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam menganjurkan majlis sebagai nilai tambah kepada ahli Pengakap Kelanasiswa UPM dan anggota terlibat. Seterusnya, mendedahkan semangat kerja berpasukan sesama ahli Pengakap Kelanasiswa UPM dalam satu kumpulan untuk bekerjasama antara satu sama lain. Program ini telah dianjurkan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Universiti Putra Malaysia dengan kerjasamaPersekutuan Pengakap Malaysia Negeri KLKM.