Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap kepada semua Pengakap di seluruh Malaysia.

Pertama sekali saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Laman Web Rasmi KLKM yang baru ini.

Sekalung tahniah kepada pemimpin dan kelanasiswa yang terlibat dalam membangunkan  laman web baru ini dan tidak lupa juga ucapan penghargaan terima kasih kepada pemimpin yang memulakan laman web KLKM sejak 2012 lepas. Adalah menjadi harapan semua agar laman web ini mampu menjadi wadah jaringan menghubungkan semua pemimpin dan ahli KLKM yang mewakili berbagai daerah di seluruh Malaysia. 

Melalui laman web ini juga kita mampu berkongsi idea, pandangan serta ilmu pengetahuan baru dalam bidang kepengakapan. Pelbagai kegiatan, aktiviti dan projek yang dijalankan oleh daerah-daerah di seluruh Malaysia pada setiap minggu, bulan dan tahun perlu dikongsikan bersama agar semua pihak termasuk pengakap dari negeri-negeri lain dapat mengikuti perkembangan mutakhir apa yang berlaku dalam negeri KLKM.

Akhir kata, saya amat memahami bahawa pengorbanan sukarela kita dalam pergerakan pengakap ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan komitmen semua pihak dalam KLKM. Namun usaha berterusan akan kita harungi demi untuk  mencapai misi untuk memartabtkan KLKM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“ONCE A SCOUT, ALWAYS A SCOUT”

Sekian, wassalam.

"KELANASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN UNIVERSITI"

 

Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohammad, PJK.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)
Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta Malaysia

Sunday the 21st. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates