Arau – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) baru-baru ini telah mengadakan Malaysian Polytechnic Rovers Challenge (MalPRO) 2019 Pengakap Kelana Politeknik Malaysia pada 21 hingga 24 Ogos 2019 di PTSS.  Program ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Pengakap Kelana Politeknik Malaysia, melalui Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan pengilbatan 10 Politeknik Malaysia yang berdaftar di bawah Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Antaranya politeknik yang terlibat adalah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Kota Bahru (PKB), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Muazham Shah (PMS), Politeknik Merlimau Melaka (PMM), Politeknik Mukah Sarawak (PMU) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) selalu tuan rumah untuk kali ketiga.  Program ini merupakan aktiviti perkhemahan tahunan bagi politeknik yang melaksanakan Ko-Kurikulum Badan Beruniform Berkredit Pengakap Kelana Politeknik. Ia bertujuan mengumpulkan semua ahli Pengakap Kelana terpilih untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta menguji kemahiran mereka berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) serta persediaan mereka ke arah pencalonan Anugerah Baden Powell (BP Award).

Booking For KLKM Contingent Fund Raising Badge : Please click this link Here

Kursus Kemantapan Kepimpinan Kelana (4K) & Kursus Kemantapan Kepimpinan Ketua-ketua Kelana (6K) telah diadakan di Politeknik Shah Alam pada 27-30/4/42019. Seramai 37orang peserta dari negeri KLKM telah menyertai Program ini. Kursus yang dijalankan selama 4H3M ini merangkumi modul-modul yang diperlukan bagi melengkapkan kriteria calon BPA pada tahun 2019. Antara modul yang  terlibat ialah :

Istiadat Perbarisan Dan Penganugerahan Baden Powell (BP-Award) & Manikayu Peringkat Kebangsaan PPM Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia IPTA/IPTS) Kali Ke V 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada 21-25 Januari 2019 bertempat di Pusat Rancangan Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. USM sekali lagi dipiih menjadi tuan rumah setelah menjadi tuan rumah untuk pertama pada tahun 2014.

Seramai 16 calon BP Award dari 7 daerah KLKM mengambil bahagian dalam Anugerah Baden Powell  kali ini iaitu dari KLKM Daerah Universiti Sultan Zainal Abidin, KLKM Daerah Universiti Sains Malaysia, KLKM Daerah Universiti Putra Malaysia, KLKM Daerah Universiti Tun Hussein Onn, KLKM Daerah Politeknik Mukah Sarawak, KLKM Daerah Politeknik Kota Bharu dan KLKM Daerah Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.

Tuesday the 22nd. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates