Objektif program ini antaranya adalah untuk memperkembangkan    lagi    potensi    dari    segi kepemimpinan,       berdisplin,       berkerjasama, berdikari,  bertanggungjawab    serta    berdaya juang yang tinggi. Mendapat   kemahiran   dalam   pelbagai   aktiviti kepengakapan          terutamanya          Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana dan seterusnya mempamerkannya. Mendapat      pengalaman      menyertai      aktiviti perkhemahan bagi melahirkan Pengakap Kelana yang berwawasan, imej kendiri positif, berakhlak mulia       serta       berfikiran       matang       dan berkemampuan menangani segala masalah dan pancaroba hidup. Dapat menjalankan semua aktiviti perkhemahan yang  telah  ditetapkan  dan  mendapat  Lencana Perkhidmatan  yang  diperuntukkan  dalam  skim Pengakap Kelana. Dapat    meneroka    kawasan    tempatan    pulau perhentian.     Memahami    hubungan     antara ekosistem     dan     spesies     tumbuhan     dan kehidupan    laut    dengan    habitat    keperluan mereka. Dapat  menjalankan  semua  aktiviti  yang  telah ditetapkan   untuk  memperolehi  lencana   World Scout Enviroment Programme(WSEP)

Saturday the 15th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates