Majlis Pengakap Negeri
Istiadat Perbarisan Dan Penganugerahan Baden Powell (BP-Award) & Manikayu Peringkat Kebangsaan PPM Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia IPTA/IPTS) Kali Ke V 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada 21-25 Januari 2019 bertempat di Pusat Rancangan Kokurikulum, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. USM sekali lagi dipiih menjadi tuan rumah setelah menjadi tuan rumah untuk pertama pada tahun 2014.
Seramai 16 calon BP Award dari 7 daerah KLKM mengambil bahagian dalam Anugerah Baden Powell kali ini iaitu dari KLKM Daerah Universiti Sultan Zainal Abidin, KLKM Daerah Universiti Sains Malaysia, KLKM Daerah Universiti Putra Malaysia, KLKM Daerah Universiti Tun Hussein Onn, KLKM Daerah Politeknik Mukah Sarawak, KLKM Daerah Politeknik Kota Bharu dan KLKM Daerah Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.
Bagi seorang ahli pengakap kelana Anugerah Baden Powell atau lebih dikenali sebagai B-P AWARD merupakan anugerah tertinggi bagi seorang ahli pengakap kelana. Untuk mendapatkan anugerah ini seorang ahli pengakap kelana haruslah menghabiskan skim latihan pengakap kelana. Istiadat ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli KLKM yang telah menamatkan kursus Pemimpin Manikayu dengan diberi tauliah Sijil Tamat Kursus Manikayu berdasarkan silibus yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan World Scout Movement (WOSM).
Pada Istiadat kali ini Johan Kelana BP Award Keseluruhan Terbaik telah diberikan kepada Saudara Mustafa bin Abdullah, dari UTHM. Saudara Hendery Wan Andrew dari PMU telah dianugerahkan Juara Kelana BP Award Terbaik Kategori Lelaki. Juara Kategori Wanita pula telah dimenangi oleh saudari Khairunisa Naiemah binti Mat Rashid dari UPM. Turut disempurnakan pada majlis kali ini adalah menyerahan sijil serta lencana kepada peserta World Scout Enviroment Program (WSEP) 2018.
Istiadat ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara pada 25 Janurari 2019. Istiadat ini turut dihadiri oleh, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein dan Pengarah Pusat Kokurikulum USM. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan sijil pada istiadat kali ini. Beliau mengatakan bahawa semua ahli perlu bermula dari bawah dengan melalui pelbagai siri latihan yang menduga ketahanan mental dan fizikal bagi melahirkan ahli pengakap yang sejati yang menjiwai kemahiran dan kepakaran dalam ilmu kepengakapan. Beliau meminta semua ahli sentiasa mengamalkan prinsip pengakap dimana sahaja mereka berada.