Pada 15 September 2018, bertempat di Taman Alam Kuala Selangor, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam(KLKM PSA)  telah menganjurkan Program M.O.P; Program Penanaman Pokok Paya Bakau di Taman Alam Kuala Selangor. Seramai 30 orang peserta telah menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk melatih dan menggalakkan ahli pengakap unutk terus berkhidmat kepada masyarakat dan persekitaran. Sekiranya pengakap melakukan tindakan perkhidmatan dan berkongsi dengan pihak lain, mereka boleh mendapatkan lencana MoP.

 

Turut disertai oleh krew KLKM UM. Matlamat utama adalah untuk memberi inspirasi kepada Pengakap untuk meneruskan perkhidmatan komuniti mereka atau untuk menyertai usaha pengakap lain dari seluruh dunia. Selain itu, kami dapat mendedahkan dan melibatkan mahasiswa pengakap kelana dengan aktiviti kebersihan dan kemasyarakatan. Malah, program ini dapat memupuk semangat kecintaan terhadap alam sekitar dan menjalin silaturahim antara mahasiswa pengakap kelana dan institusi luar.

 

Sunday the 21st. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates