Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau nama ringkasnya KLKM adalah terdiri daripada gabungan kumpulan - kumpulan pengakap Kelana yang ditubuhkan diinstitut pengajian tinggi di Malaysia. Ia bertaraf sebagai sebuah negeri di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia. Keahlian kumpulan ini terdiri daripada pelajar – pelajar pengajian tinggi berumur 18 tahun keatas dari Universiti Awam, IPTA, IPTS, Kolej – kolej swasta, Politeknik serta Kolej Komuniti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Jumlah keahlian KLKM kini mencecah seramai 6,000 orang dari 24 Daerah KLKM yang aktif.

Organisasi KLKM di Negeri serta setiap Daerah atau kumpulan dibawahnya  ditadbir dengan sistem yang sama dengan peringkat di atasnya dan tertakluk dibawah sistem dan undang-undang pentadbiran yang sama seperti PPM Negeri yang lain. Konsep program - program yang dilaksanakan adalah terdiri daripada kepimpinan, perkhidmatan, kesukarelawanan dan lain-lain lagi untuk membentuk jati diri dan nilai tambah setiap ahli setelah melangkah ke alam pekerjaan. Kejayaan persatuan KLKM yang terkini adalah Berjaya melahirkan 160 penerima Baden Powell Award dan 200 pemegang Manikayu 2 butir (Unit Pengakap Kelana).

Friday the 19th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates