Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-Empat mentakrifkan ‘gelandangan’ sebagai orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap. Di hampir ke semua ibu kota di Malaysia dan lain-lain negara, gelandangan menjadi satu masalah sosial kerana keadaan hidup golongan ini mendedahkan mereka kepada pelbagai gejala sosial yang mendatangkan kesan kepada semua lapisan masyarakat. Pun begitu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan mereka hidup sedemikian kerana jika difikirkan secara lojik, tiada seorang pun manusia yang berfikiran waras mahu menjalani kehidupan yang tidak menentu dan penuh kesengsaraan jika mereka mempunyai pilihan yang lebih baik. Maka dengan itu, PPM Daerah Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong terpanggil untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik agar dapat diringankan beban dengan menganjurkan Program #KLKMprihatin 1.0 (Komponen Khidmat Masyarakat Anugerah Remaja Perdana). Program ini dianjurkan bersama Krew Pengakap Kelana (A) Gombak (KAGOM ROVERS) dengan kerjasama Rembau Sport Recreation Extream Club (RESREC) dan team sukarelawan yang lain.

 

Pesuruhjaya Pengakap Daerah KLKM IKTBN Chembong Encik Affendy Zabkha bin Mohamad Zain berkata, “Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada Ahli Kelanasiswa (pelajar) untuk berhadapan masyarakat sekeliling yang berbeza latar belakang, mengisi aktiviti Ahli Kelanasiswa dengan program prihatin sama ada yang berkaitan dengan kemasyarakatan, keharmonian, kerohanian dan kebajikan, memberi peluang kepada Ahli Kelanasiswa untuk menyelami keadaan dan bersilaturrahim dengan gelandangan serta merapatkan hubungan antara kelanasiswa dengan kelab/ persatuan lain dan  masyarakat. Tambahan beliau lagi matlamat program ini adalah untuk memantapkan sahsiah pelajar selari dengan falsafah KBS dan memupuk semangat ukhwah di kalangan semua Ahli Kelanasiswa khususnya dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar amnya selaras dengan Komponen Khidmat Masyarakat ke arah Anugerah Remaja Perdana (ARP) dan Lencana Perkhidmatan bagi Pengakap Kelana ke arah Anugerah Baden-Powell”.

 

Program ini berlangsung pada 2 ~ 3 Jun 2018 (Sabtu ~ Ahad) dan lokasi pengagihan makanan kering dan keperluan lain seperti sabun dan lampin pakai buang di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Program ini bermula seawal jam 6 petang dengan operasi pembungkusan makanan dan keperluan lain di Selayang Bharu, Selangor dahulu. Bergerak ke lokasi pada jam 10.30 malam selepas menunaikan solat tarawikh berjemaah. Sasaran gelandangan seramai 400 orang termasuk ibu tunggal, kanak-kanak dan bayi telah menerima sumbangan @ sedekah dengan hasil kutipan yang diberikan oleh  individu yang prihatin. Program ini berakhir jam 2.30 pagi dan kami bergerak pulang ke IKTBN Chembong dan tiba pada jam 6.00 pagi.

 

Sunday the 16th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates