Kaedah bagi menjayakan matlamat PPM ialah dengan menyediakan satu skim yang menarik dalam latihan progresif, berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dan dengan panduan Kepimpinan Dewasa. Untuk kejayaan sasaran ini, merupakan satu skim latihan yang luas iaitu Latihan Kepimpinan Manikayu disediakan kepada Pemimpin Dewasa. Ia bertujuan untuk membangunkan kemampuan dan kemahiran yang perlu bagi pemimpin dalam melaksanakan Program Pengakap yang mana merangkumi kemahiran Pembangunan Sahsiah untuk membantu Pemimpin dalam menjalankan kaedah Pengakapan dan menyumbangkan cara yang maksima kepada Pembangunan diri muda-remaja.

 

Motto

  •  "Kelanasiswa Pemangkin Kelestarian Institusi Pendidikan"

Tarikh

  • Program ini akan dijalankan pada 10 ~ 13 OGOS dan 17 ~ 20 OGOS 2017 iaitu 8 hari/6 malam.

Tempat

  •  Kem Bina Negara Ulu Sepri, Pedas, Negeri Sembilan.

Objektif Kursus

  • Peserta boleh memimpin dan selia sesuatu kumpulan dengan cara yang berkesan dan efektif.
  • Peserta didedahkan dengan Sistem Krew yang berkesan dan bersistematik bagi memenuhi kehendak Skim Latihan Pengakap Kelana dan Ko-Kurikulum Berkredit (KKB).
  • Peserta boleh menunjukkan ‘hidup’ troop atau troop di dalam aksi, tetapi juga untuk mengukuhkan fakta bahawa Sistem Berpatrol atau Krew adalah pusat Pengakapan, perkhemahan dan aktiviti luar bilik darjah, menyokong pembelajaran sambil membuat, mengukuhkan kepimpinan Pengakap, memperbaharui semangat berpengakap dan mengukuhkan keseronokan dalam Pengakap membentuk acara kemuncak dalam program Pengakap;
  • Peserta dapat meneruskan Kursus Kepimpinan Manikayu dari Peringkat II kepada Peringkat III.
  • Peserta yang lulus akan mengkuti kursus seterusnya ke Peringkat IV (Penilaian) iaitu peringkat terakhir mengikut Skim Latihan Pemimpin

Matlamat

  • Melahirkan pemimpin kelanasiswa yang bertauliah dengan memiliki Manikayu 2 Butir, berkualiti, berpersonaliti tinggi dan semangat kesukarelawan selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan daerah-daerah institusi pengajian tinggi awam & swasta di Malaysia.

Anjuran

  • PPM Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia.

Anjuran Bersama

  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Sasaran

  • Peserta (Minimum) = 17
  • Jurulatih / Penceramah = 4
  • Urusetia / Pembantu = 4
Wednesday the 12th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates