Direktori ASC
Pada 13 hingga 18 januari 2017, KLKM UMT telah mengadakan ekspedisi Jelajah Mahsuri 3.0 yang melibatkan 36 orang ahli kelana. Program ini dilaksanakan 6 hari 5 malam di sekitar Pulau Langkawi. Dimana objektif utama program ini adalah untuk mendapatkan lencana pengembaraan. Program ini diadakan buat kali ketiga dalam kalenda KLKM UMT 2016/2017. Aktiviti utama program ini adalah berjalan kaki dan berkenderaan awam mengelilingi Langkawi dimana mereka tidak dibenarkan membelanjakan duit untuk sampai ke destinasi yang diberi. Di samping itu, ahli jawatankuasa program turut menyelitkan beberapa aktiviti lain bagi menambahkan lagi pengalaman ahli kelana. Antara aktiviti yang diadakan adalah khidmat komuniti, melawat tempat- tempat bersejarah di langkawi seperti Galeri Perdana, kereta kable, makam mahsuri, dan pusat pemprosesan gamat.
NAMA PROGRAM : JELAJAH MAHSURI 3.0
TARIKH : 13-18 JANUARI 2017
TEMPAT : PULAU LANGKAWI, KEDAH
NAMA PENGARAH : SITI NORHANA BINTI MASHUDI
NAMA PENGIRING : CIK NONI NORAIKHAH BINTI MD YUSOFF / ZAIDI BIN JAAFAR
JUMLAH PESERTA : 36 ORANG
AKTIVITI PROGRAM
- BERJALAN KAKI DAN BERKENDERAAN AWAM MENGELILINGI LANGKAWI
- LENCANA PENGEMBARAAN
- KHIDMAT KOMUNITI
- MELAWAT TEMPAT BERSEJARAH
Pada 18 fabruari 2017, KLKM UMT telah mengadakan hari keluarga yang melibatkan 37 orang ahli kelana. Program ini dilaksanakan dalam 1 hari di sekitar Universiti Malaysia Terengganu. Dimana objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan bukan sahaja antara exco tetapi dalam kalangan ahli KLKM UMT. Selain itu, hari keluarga juga mampu merapatkan lagi ukhwan dan semangat persaudaran dan sepakatan dalam setiap acara yang dilakukan. Program ini adalah program ketiga yang terdapat dalam kalenda KLKM UMT 2016/2017. Aktiviti utama program Hari keluarga ini adalah explorace. Ahli jawatankuasa program telah menyelitkan beberapa tugasan bagi menambahkan lagi pengalaman ahli kelana serta semangat bekerjasama antara ahli dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.
NAMA PROGRAM : FAMILY DAY
TARIKH : 18 FEBRUARI 2017
TEMPAT : UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
NAMA PENGARAH : SITI NUR ATHIRAH BINTI AZAMIN
JUMLAH PESERTA : 37 ORANG
AKTIVITI PROGRAM
- TEKA MAKANAN DALAM CAWAN
- MENCARI TELUR PENYU
- SYILING AIS
- BOWLING KELAPA
- BAWA BELON AIR TANPA MENGGUNAKAN TANGAN
- HANGGAROO
- SELESAIKAN SIFIR
- BAWA GELANG GETAH MENGGUNAKAN STRAW
Pada 9 hingga 11 mac 2017, KLKM UMT telah melaksanakan satu program iaitu “ jejak santai cameron highland dan expedisi gua tempurung”. Dimana program ini melibatkan 40 orang ahli krew dan termasuk dua orang pengiring. Program ini dilaksanakan selama 3 hari dua malam di cameron highland pahang dan gopeng perak. Dimana objektif utama program ini adalah untuk membekalkan ilmu holistik dan mengeratkan perhubungan silaturrahim antara setiap ahli persatuan. Selain itu, membentuk dan mengukuhkan sifat toleransi, kerjasama melalui aktiviti yang diadakan serta meningkatkan kekuatan dan potensi diri yang ada pada setiap peserta. Program ini adalah program keempat yang terdapat dalam kalenda KLKM UMT 2016/2017. Aktiviti utama program ini adalah expedisi Gua Tempurung.
NAMA PROGRAM : JEJAK SANTAI CAMERON HIGHLAND DAN EXPEDISI GUA TEMPURUNG
TARIKH : 9 – 11 MAC 2017
TEMPAT : PAHANG DAN PERAK
NAMA PENGARAH : SITI HAJAR BINTI IZAHAR
NAMA PENGIRING : CIK NONI NORAIKHAH BINTI MD YUSOFF / ZAIDI BIN JAAFAR
JUMLAH PESERTA : 40 ORANG
AKTIVITI PROGRAM :
- MELAWAT MARDI
- MELAWAT Bharat Tea Plantation
- MELAWAT Taman Lavenda
- EXPEDISI GUA TEMPURUNG
- MELAWAT
- KELLIE'S CASTLE
Sila layari Facebook Rasmi KLKM UMT