Alamat Pejabat KPPNg
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merupakan sebahagian daripada Negeri yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Ia adalah penggerak Pengakap di Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Segala aktiviti KLKM diselaraskan melalui Sekretariat KLKM yang dianggotai oleh semua Universiti dan IPT yang menubuhkan KLKM. Program MalPRO yang pertama ini dirancang bagi memberikan satu peluang kepada pelajar politeknik untuk bertemu dan seterusnya merancang agar mereka bakal menjadi wakil kepada politeknik masing-masing ke program yang lebih besar iaitu Pertaulihan Anugerah Baden Powell peringkat IPT. Kejayaan program yang pertama ini diharap akan ditambahbaikkan pada masa akan datang serta memberi ruang yang lebih luas kepada penyertaan KLKM IPT serta pasukan pengakap kelana dari dalam dan luar negara.
- Tarikh : 27 April 2017 – 1 Mei 2017
- Tuan Rumah : Politeknik Sultan Azlan Shah
- Tempat : Politeknik Sultan Azlan Shah
- Jumlah Penyertaan :
i Pelajar = 100 orang
ii Sukarelawan = 20 orang
iii Politeknik = 8 buah politeknik
Tujuan program :
- Peserta didedahkan dengan ilmu kepengakapan melalui perlaksanaan Kursus Manikayu Penerangan dengan niombor pendaftaran KP3537.
- Program juga memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan aktiviti yang memenuhi Skim Latihan Pengakap Kelana.
- Peserta juga ddedahkan dengan program khidmat komuniti setempat yang dilaksanakan di Tadika KEMAS Politeknik Sultan Azlan Shah.
Program ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada semua peserta yang telah menyertai dengan jayanya. Pelbagai perkara baru dapat dipelajari oleh peserta. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami pasukan KLKM khususnya KLKM Politeknik Malaysia agar program sebegini perlulah diteruskan dan diperluaskan lagi penyertaannya ke peringkat antarabangsa.