Ekspedisi suatu pengembaraan yang sering kita dengar berkaitan aktiviti yang lasak untuk para belia. Ianya juga suatu perjalanan yang mempunyai tujuan dengan menempuh berbaga-bagai cabaran dan rintangan. Eksplorasi pula adalah suatu penerokaan baru bagi menimba ilmu dan pengalaman yang belum pernah ditempuhi atau mungkin bagi menambah pengalaman yang lebih mencabar dari yang biasa sebelum ini. ‘Cuci’ ini diistilahkan kepada membersihkan alam sekitar daripada pembuangan sampah sarap yang telah ditinggalkan oleh pelancong dan pengembara. Di samping ini juga secara tidak langsung mewujudkan kesukarelaan terhadap aktiviti pemeliharaan alam sekitar. Maka program ini diberi nama XC.FIT.MT.KINABALU.17 dengan merujuk kepada “X”adalah Ekspedisi & Eksplorasi, “C” adalah Cuci dan “FIT” atau fitness adalah Kecergasan.

Kaedah bagi menjayakan matlamat PPM ialah dengan menyediakan satu skim yang menarik dalam latihan progresif, berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dan dengan panduan Kepimpinan Dewasa. Untuk kejayaan sasaran ini, merupakan satu skim latihan yang luas iaitu Latihan Kepimpinan Manikayu disediakan kepada Pemimpin Dewasa. Ia bertujuan untuk membangunkan kemampuan dan kemahiran yang perlu bagi pemimpin dalam melaksanakan Program Pengakap yang mana merangkumi kemahiran Pembangunan Sahsiah untuk membantu Pemimpin dalam menjalankan kaedah Pengakapan dan menyumbangkan cara yang maksima kepada Pembangunan diri muda-remaja.

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merupakan sebahagian daripada Negeri yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). KLKM  adalah nadi kepada pergerakan  Pengakap di Institusi Awam & Swasta. Segala aktiviti KLKM diselaraskan melalui Negeri KLKM yang dianggotai oleh semua institusi yang menubuhkan KLKM.

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merupakan sebahagian daripada Negeri yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Ia adalah penggerak Pengakap di Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Segala aktiviti KLKM diselaraskan melalui Sekretariat KLKM yang dianggotai oleh semua Universiti dan IPT yang menubuhkan KLKM. Program MalPRO yang pertama ini dirancang bagi memberikan satu peluang kepada pelajar politeknik untuk bertemu dan seterusnya merancang agar mereka bakal menjadi wakil kepada politeknik masing-masing ke program yang lebih besar iaitu Pertaulihan Anugerah Baden Powell peringkat IPT. Kejayaan program yang pertama ini diharap akan  ditambahbaikkan pada masa akan datang serta memberi ruang yang lebih luas kepada penyertaan KLKM IPT serta pasukan pengakap kelana dari dalam dan luar negara.

Program ini dianjurkan bersama Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan, Majlis Belia Daerah Rembau, KPDNKK, Yayasan Pelajaran MARA, Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) & Hospital SALAM. Aktiviti yang dijalankan ialah khidmat masyarakat seperti program penanaman pokok, gotong-royong di Tadika Kemas, Masjid Kariah Sg Timun, Pengkalan Jeti Nelayan dan sebagainya. Program ini dirasmikan oleh YB Brig Jen Khairi Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau.

Pada 13 hingga 18 januari 2017, KLKM UMT telah mengadakan ekspedisi Jelajah Mahsuri 3.0 yang melibatkan 36 orang ahli kelana. Program ini dilaksanakan 6 hari 5 malam di sekitar Pulau Langkawi. Dimana objektif utama program ini adalah untuk mendapatkan lencana pengembaraan. Program ini diadakan buat kali ketiga dalam kalenda KLKM UMT 2016/2017. Aktiviti utama program ini adalah berjalan kaki dan berkenderaan awam mengelilingi Langkawi dimana mereka tidak dibenarkan membelanjakan duit untuk sampai ke destinasi yang diberi. Di samping itu, ahli jawatankuasa program turut menyelitkan beberapa aktiviti lain bagi menambahkan lagi pengalaman ahli kelana. Antara aktiviti yang diadakan adalah khidmat komuniti, melawat tempat- tempat bersejarah di langkawi seperti Galeri Perdana, kereta kable, makam mahsuri, dan pusat pemprosesan gamat.

Program Jelalah Pulau Pinang Lencana Pengembaraan KLKM PSP ini telah berjaya dilaksanakan pada 10 -12 Februari 2017. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan disiplin, kesopanan,semangat setiakawan, sikap kerjasama, dan sikap bertanggujawab dikalangan krew. Selain daripada itu, krew kelana yang terlibat dalam program ini berpeluang bermesra dengan masyarakat setempat, menjalinkan silaturahim bersama masyarakat setempat, mengenali sejarah sesuatu tempat serta melahirkan ahli pengakap yang cergas dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. 

Sunday the 23rd. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates