-      

 

 

 

 

 


TAKWIM PPM NEGERI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM) TAHUN 2018

BULAN

TARIKH

AKTIVITI

TEMPAT

SASARAN/ CATATAN

JAN

 

 

 

 

FEB

10 ~ 11/2

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Bil. 1/2018) PPM Negeri KLKM

Intan Tengah Kuala Lumpur

CSC, ASC, DC & Koordinator Negeri

MAC

 

30/3 ~ 1/4

Sukauto Innovation Challenge (SIC) PPM Negeri KLKM

UPM Serdang

Semua Ahli KLKM dan Kelana Luar

24/3

Malam Apresiasi KLKM 2018

UPM Serdang

Semua Pemimpin KLKM dan kelana UPM

APR

 

 

 

6 ~ 9/4

Lawatan Rasmi ke Medan, PPM Negeri KLKM

Indonesia

CSC, ASC, DC & Koordinator Negeri

27 ~ 30/4

Kursus Kemantapan Kepimpinan Kelana (4K : Ke Arah BP Award) PPM Negeri KLKM

Rembau, Negeri Sembilan

Semua Ahli Kelana (Lencana Kepimpinan & Khidmat Masyarakat/ Pemeliharaan Alam sekitar)

29 ~ 30/4

Kursus Kemantapan Kepimpinan Ketua-Ketua Kelana (6K) PPM Negeri KLKM

Rembau, Negeri Sembilan

Wajib dihadiri oleh DC, ADC / Wakil ADC, Pengerusi SPKD & Setiausaha SPKD untuk memperbaharui tauliah setiap tahun.

 

World Scout Environment Programme (WSEP) PPM Negeri KLKM

Universiti Malaya dengan kerjasama JAS

Semua Ahli Kelana (Lencana Kepimpinan & Khidmat Masyarakat/ Pemeliharaan Alam sekitar)

MEI

 

Ramadhan

 

 

JUN

 

Ramadhan / Hari Raya Aidilfitri

 

 

JUL

 

National Rovermoot 100 Years (International)

 

Semua Ahli Kelana (Dalam perbincangan)

OGS

 

18/8/18

MOP Triathlon

KLKM UM

Semua Ahli Kelana

11 ~ 12/8

Mesyuarat Agong PPM Negeri KLKM Tahun 2018

Intan Tengah Kuala Lumpur

Majlis Pengakap Negeri & Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri

SEP

8 ~ 10/9 & 14 ~ 17/9

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 (Unit PR/PK) PPM Negeri KLKM

Rembau, Negeri Sembilan

Semua Bakal Pemimpin yang telah hadir MKP & MK1

OKT

1 ~ 31/10

Bulan Pemverifikasi Portfolio Calon BP Award

 

Semua Calon BPA Tahun 2019

NOV

17 ~ 20/11

Kursus Kemantapan Kemahiran Krew Kelana (5K : Ke Arah BP Award) PPM Negeri KLKM

Zon Utara

Semua Calon BPA Tahun 2019 (Ujian Lencana Kemahiran & Kursus Pertolongan Cemas)

DIS

 

 

 

 

JAN 2019

 

Perkhemahan Penilaian BP Award @ Istiadat Perbarisan dan Penganugerahan BP Award & Manikayu PPM Negeri KLKM Ke~V Tahun 2019 (IPP)

Zon Utara

Calon BPA & Calon Penerima Manikayu

Hari Thaipusam (31 Jan); Tahun Baru Cina (16 & 17 Feb); Hari Pekerja (1 Mei); Awal Ramadhan (17 Mei); Hari Wesak (29 Mei); Hari Raya Puasa (15 & 16 Jun); Hari Raya Haji (22 & 23 Ogos); Hari Kebangsaan (31 Ogos); Awal Muharram (11 Sep); Hari Malaysia (16 Sep); Hari Deepavali (6 Nov); Maulidur Rasul (20 Nov); Hari Krismas (25 Dis)

 

Sedang dikemaskini.

Berikut adalah jadual latihan negeri KLKM bagi tahun 2016 seperti lampiran yang disertakan dibawah.

Lampiran – Perancangan Latihan Tahun 2016 PLNg KLKM v1.1.16

1.      Nama

1.1.   Majlis  ini dinamakan Majlis Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia seperti yang dinyatakan di bawah Akta Parlimen No.38, Tahun 1968 pindaan No.409, Tahun 1989, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia, Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia, Peraturan 248 - 274E.

1.2.   Nama ringkasnya adalah Majlis Pengakap Negeri KLKM.

 

2.      Keanggotaan

2.1.   Keanggotaan Majlis adalah terdiri dari kumpulan Pengakap Kelana yang ditubuhkan di mana-mana universiti awam dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institusi latihan kemahiran awam/swasta di seluruh Malaysia.

2.2.   Penubuhan daerah-daerah dalam negeri KLKM adalah tertakluk kepada akta di atas.

2.3.   Keanggotaan ahli :

2.3.1.   Keanggotaan ahli mestilah individu yang berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar sebagai pelajar di mana-mana universiti awam dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institusi latihan kemahiran awam/swasta di seluruh Malaysia.

2.3.2. Keanggotaan ahli mestilah individu yang berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar sebagai pelajar antarabangsa di mana-mana universiti awam dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institusi latihan kemahiran awam/swasta tempatan di seluruh Malaysia.

2.3.3. Pelajar antarabangsa yang pernah menjadi ahli pengakap di Negara masing-masing perlu terlebih dahulu memohon kebenaran daripada National Scout Organization (NSO) negara  masing-masing.

2.3.4. Pelajar antarabangsa yang bukan ahli pengakap Negara masing-masing perlu terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Persekutuan Pengakap Malaysia.

2.4.   Keanggotaan ini diwajibkan untuk membayar atau memperbaharui keahlian pada setiap tahun dengan kadar yuran seperti yang ditetapkan oleh Majlis Eksekutif Daerah/Negeri. Pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada bulan Mac setiap tahun.

 

3.      Alamat

3.1.   Alamat perhubungan Majlis Pengakap Negeri adalah di mana Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM bertugas.

 

4.      Tempat Mesyuarat

4.1.   Di alamat diatas atau di mana-mana tempat dipersetujui oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM.

 

5.      Matlamat Majlis

5.1.   Adalah mengikut Dasar Pertubuhan Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia dan Akta Parlimen No.38 Tahun 1968 pindaan No.49, Tahun 1989, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia, dan mana-mana peraturan yang dipinda dari semasa ke semasa.

 

6.      Keanggotaan Majlis Pengakap Negeri KLKM

6.1.   Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada:

6.1.1.    Yang Dipertua Negeri Kehormat

6.1.2.    Dua (2) orang Naib Yang Dipertua Negeri Kehormat

6.1.3.    Pengerusi

6.1.4.    Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

6.1.5.    Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

6.1.6.    Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Daerah

6.1.7.    Setiausaha Kehormat Negeri

6.1.8.    Bendahari Kehormat Negeri

6.1.9.    Tujuh (7) orang Ahli Biasa

6.1.10. Dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira

6.2.   Yang Dipertua Negeri akan dilantik oleh Ketua Pengakap Negara mengikut cadangan dari Majlis Pengakap Negeri.

6.3.   Tugas-tugas Yang Dipertua Negeri ialah untuk menggalakkan kebajikan dan kemajuan pergerakan pengakap di dalam negeri KLKM.

6.4.   Tempoh lantikan jawatan Yang Dipertua Negeri dan Naib Yang Dipertua Negeri adalah selama Tiga (3) tahun selagi mana beliau berkhidmat dalam kerajaan atau swasta dan boleh diperbaharui selepas dipersetujui di dalam mesyuarat agung tahunan Majlis Pengakap Negeri KLKM.

6.5.   Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat Negeri dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

6.6.   Bilangan Ahli Biasa Majlis Pengakap Negeri adalah seramai tujuh (7) orang yang terdiri daripada:-

6.6.1.    Lima (5) orang yang dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan

6.6.2.    Seorang Pengerusi Majlis Ketua-Ketua Krew KLKM

6.6.3.    Seorang yang dipilih oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

6.7.   Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri hendaklah diadakan pada setiap tahun manakala pemilihan ahli majlis pula akan diadakan pada setiap tiga (3) tahun di dalam mesyuarat agung tahunan tersebut atau bergantung kepada surat siaran PPM.

6.8.   Mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan di atas arahan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri sekiranya diperlukan.

6.9.   Setiap daerah KLKM hendaklah menghantar Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Krew ke mesyuarat agung Majlis Pengakap Negeri sewaktu pemilihan ahli majlis.

 

7.      Tugas-Tugas Majlis

7.1.   Memelihara dan menggalakkan pergerakan ini di dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri KLKM untuk bekerjasama dengan lain-lain kumpulan Pengakap tempatan atau antarabangsa yang berdaftar.

7.2.   Menguruskan segala tugas seperti yang telah ditetapkan dan berkenaan segala perkara yang diperuntukkan kepadanya di bawah Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia dan Akta Parlimen No.38 Tahun 1968, pindaan No.409, Tahun 1989, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia, dan pindaan khasnya berkenaan:-

7.2.1.    Tauliah-Tauliah, Pangkat-Pangkat yang Tidak Bertauliah dan Kehormat di bawah Bahagian IV.

7.2.2.    Pendaftaran-pendaftaran Kumpulan di bawah Peraturan 177 - 196.

7.2.3.    Keahlian Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana, Pengakap Berseorangan dan Pengakap Kelana Berseorangan di bawah Peraturan 197 - 200.

7.2.4.    Pingat-Pingat Kebaktian dan Anugerah di bawah Bahagian IX.

7.3.   Bekerjasama dengan pertubuhan belia yang berdaftar bagi menjalankan aktiviti sekiranya perlu.

7.4.   Menjaga hal kewangan dan harta Persekutuan Pengakap Negeri mengikut peraturan-peraturan dalam Seksyen V, Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia.

7.5.   Menjana dan menguruskan wang perbelanjaan bagi menjalankan aktiviti bagi membantu kumpulan-kumpulan dalam Negeri KLKM ini dengan kaedah yang sesuai, asalkan semua kaedah menjana wang adalah menurut Seksyen V, Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia, dan wang serta harta benda ditadbirkan menurut Peraturan 148 - 150.

7.6.   Memberi sokongan penuh dan membantu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam kerja-kerja di bawah Peraturan 124 - 126 dan menerima ia sebagai kuasa yang diperuntukkan kepadanya menurut Dasar Peraturan Pertubuhan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia bagi latihan, program, pentadbiran dan kem pergerakan Pengakap dalam Negeri KLKM.

7.7.   Menghantar kepada Majlis Pengakap Negara setiap tahun salinan laporan tahunan dan penyata kira-kira yang telah diaudit bersama dengan jadual harta tidak lewat daripada 28hb. Februari, dan juga nama-nama dan alamat-alamat pemegang-pemegang jawatan yang telah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

7.8.   Sesuai dengan keperluan semasa, Majlis dibenarkan untuk mewujudkan dan menganugerahkan pingat dan sijilnya sendiri dengan mendapat kebenaran daripada PPM.

 

8.      Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

8.1.   Pencalonan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah dicadangkan oleh Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Pencalonan hendaklah dari kalangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah yang sedia ada.

8.2.   Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM yang dicalonkan untuk dilantik adalah dalam kalangan Pesuruhjaya Pengakap Daerah KLKM di universiti awam atau swasta.

8.3.   Pencalonan itu kemudiannya hendaklah dikemukakan dan dipersetujui oleh Majlis Pengakap Negeri, atau

8.4.   Pengerusi dengan persetujuan Majlis Pengakap Negeri boleh menamakan tiga (3) orang calon yang difikirkan sesuai untuk dikemukakan kepada PPM.

8.5.   Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri kemudian dilantik oleh Ketua Pengakap Negara dan diberikan tauliah mengikut ketetapan PPM.

 

9.      Tugas-tugas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

9.1.   Menasihatkan Majlis Pesuruhjaya Negeri dengan dibantu oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Pemimpin Kumpulan Kelana (jika ada).

9.2.   Bertanggungjawab mengurus, menyelia dan melaksanakan tugas dengan berkesan dalam hal kewangan, displin dan kebajikan pemimpin dan ahli-ahlinya.

9.3.   Bertindak sebagai penasihat Majlis Pesuruhjaya Negeri KLKM dan mempunyai kuasa mutlak untuk membatal aktiviti yang bercanggah dengan prinsip, kehendak Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap atau Dasar Peraturan Pertubuhan Persekutuan atau yang boleh memberikan kesan negatif kepada ahli dan nama baik pergerakan pengakap.

 

10.  Majlis Eksekutif Negeri

10.1. Majlis Pengakap Negeri hendaklah mewujudkan Majlis Eksekutif Negeri bagi maksud menjalankan kerja-kerja pengurusan dan hal-hal kewangan.

10.2. Ahli-ahli di dalam majlis ini adalah terdiri daripada Pengerusi (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri), Setiausaha Kehormat, Bendahari dan dua (2) orang yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

10.3. Majlis Eksekutif Negeri dibenarkan untuk membuka akaun bank bagi maksud menjaga dan mengurus tadbir kewangan dengan syarat akaun bank tersebut hendaklah dinamakan atas nama Majlis Pengakap Negeri KLKM dan bukan atas nama individu.

10.4. Kaedah pengurusan akaun bank tersebut adalah atas nama tiga (3) orang iaitu Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

10.5. Pengeluaran wang hanya boleh dilakukan apabila dipersetujui dan ditandatangani oleh dua (2) dari tiga (3) orang yang tersebut.

 

11.  Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri

11.1     Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri hendaklah diwujudkan yang mana ahli-ahlinya adalah terdiri daripada:-

11.1.1    Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri selaku Pengerusi dan Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

11.1.2    Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah atau wakilnya iaitu Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah.

11.1.3    Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri atau wakilnya sebagai pemerhati.

11.2     Tugas dan tanggungjawab Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah:-

11.2.1         Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

11.2.2         Mencalonkan nama bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri jika berlaku kekosongan untuk disahkan oleh Majlis Pengakap Negeri.

 

12.  Pelantikan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

12.1.        Pelantikan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah dibawah bidang kuasa Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

12.2.        Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang dilantik mestilah dalam kalangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah KLKM atau boleh juga dilantik daripada Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pemimpin dari mana-mana daerah KLKM mengikut keperluan semasa dan kepakaran /kemahiran/ kelayakan beliau tidak melebihi dua (2) orang.

12.3.        Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang dilantik wajib mendapatkan tauliah mengikut ketetapan PPM.

 

13.  Pelantikan Pesuruhjaya Pengakap Daerah

13.1.        Pencalonan Pesuruhjaya Pengakap Daerah boleh dikemukakan oleh Kuasa Penganjur institusi berkenaan.

13.2.        Pelantikan Pesuruhjaya Pengakap Daerah adalah dibawah bidang kuasa Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

13.3.        Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang dilantik mestilah dalam kalangan kakitangan akademik atau bukan akademik dalam institusi berkenaan.

13.4.        Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang dilantik di institusi berkenaan wajib mendapatkan tauliah mengikut ketetapan PPM.

13.5.        Pesuruhjaya Pengakap Daerah adalah Pemimpin Pengakap Kelana di institusi berkenaan.

 

14.  Pelantikan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

14.1.        Pencalonan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah boleh dikemukakan oleh Pesuruhjaya Daerah melalui Kuasa Penganjur institusi berkenaan.

14.2.        Pelantikan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah adalah dibawah bidang kuasa Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

14.3.        Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang dilantik mestilah dalam kalangan kakitangan akademik atau bukan akademik dalam institusi berkenaan.

14.4.        Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang dilantik di institusi berkenaan wajib mendapatkan tauliah mengikut ketetapan PPM.

 

15.  Pelantikan Penolong Pemimpin Pengakap Kelana

15.1.        Pencalonan Penolong Pemimpin Pengakap Kelana boleh dikemukakan oleh Kuasa Penganjur institusi berkenaan.

15.2.        Pelantikan Penolong Pemimpin Pengakap Kelana adalah dibawah bidang kuasa Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

15.3.        Penolong Pemimpin Pengakap Kelana yang dilantik dari luar institusi berdasarkan keperluan semasa dan kepakaran /kemahiran/ kelayakan beliau.

15.4.        Penolong Pemimpin Pengakap Kelana yang dilantik di institusi berkenaan wajib mendapatkan tauliah mengikut ketetapan PPM.

 

16.  Pelantikan Jurulatih KLKM

16.1.        Pelantikan Jurulatih KLKM merujuk kepada Dasar dan Peraturan Pertubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

 

17.  Sekretariat Pengakap Kelana Negeri  (Pilihan) - JIKA PERLU

17.1.        Sekretariat Pengakap Kelana Negeri KLKM boleh atau tidak dalam mewujudkan sebuah Majlis Ketua-Ketua Krew yang dianggotai oleh semua Ketua-Ketua Krew dari setiap daerah KLKM.

17.2. Tugas dan tanggungjawabnya adalah:-

17.2.1.  Membantu penyelarasan aktiviti kumpulan di peringkat negeri KLKM ketika diperlukan.

17.2.2.  Menggalakkan kemajuan pengakap Kelana sehingga ke peringkat yang tertinggi.

17.2.3.  Merujuk kepada Undang-undang kecil sekretariat dan tidak bercanggah dengan halatuju dan Undang-undang kecil Majlis Pengakap Negeri.

 

18.  Pelanggaran

18.1.        Mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar Undang-undang Kecil Negeri KLKM dan Dasar Peraturan Pertubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) boleh diambil tindakan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Parlimen No 38. Tahun 1968.

 

19.  Pindaan Undang-Undang Kecil

 

19.1.        Pindaan Undang-Undang Kecil dan Peraturan-Peraturannya boleh dibuat dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan kelulusan 2/3 ahli Majlis atau mengikut jumlah ahli mesyuarat yang tertera di bawah seperti berikut:

19.1.1.           Yang Dipertua Negeri (Kehormat)

19.1.2.           Seorang Naib Yang Dipertua Negeri (Kehormat)

19.1.3.           Pengerusi

19.1.4.           Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

19.1.5.           Empat (4) orang Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

(Bahagian Latihan, Bahagian Program, Bahagian Antarabangsa dan Bahagian Pentadbiran)

19.1.6.           Lima (5) orang Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Daerah

19.1.7.           Setiausaha Kehormat Negeri

19.1.8.           Bendahari Kehormat Negeri

19.1.9.           Tiga (3) orang Ahli Biasa

19.1.10.       Dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira

 

 

Rujukan

  1. Persekutuan Pengakap Malaysia , Prosedur Organisasi dan Peraturan (POR) Pindaan pada Mac 27, 2010
  2. Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tuesday the 20th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates