MENGENAI KAMI

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau nama ringkasnya KLKM adalah terdiri daripada gabungan kumpulan-kumpulan pengakap Kelana yang ditubuhkan di mana-mana institut pengajian tinggi di Malaysia. Keahlian kumpulan ini terdiri dari pelajar-pelajar  pengajian tinggi berumur 18 tahun ke atas dari Universiti Awam, IPTA, IPTS, Kolej – kolej swasta, Politeknik serta Kolej Komuniti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

SUDUT KELANA

Program dan aktiviti Krew Kelana menawarkan pengalaman dan keseronokan melaksanakan aktiviti di serata tempat dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar Negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.

Program ini dianjurkan bersama Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan, Majlis Belia Daerah Rembau, KPDNKK, Yayasan Pelajaran MARA, Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) & Hospital SALAM. Aktiviti yang dijalankan ialah khidmat masyarakat seperti program penanaman pokok, gotong-royong di Tadika Kemas, Masjid Kariah Sg Timun, Pengkalan Jeti Nelayan dan sebagainya. Program ini dirasmikan oleh YB Brig Jen Khairi Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau.

Penyertaan adalah daripada KLKM Daerah Universiti Putra Malaysia Serdang (UPM), KLKM Daerah Institut  Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, KLKM Daerah Universiti Malaya (UM), KLKM Daerah Politeknik Merlimau Melaka (PMM), KLKM Daerah Politeknik Port Dickson (PPD), KLKM Daerah Politeknik Sultan Salahuddin Alam Shah (PSA), KLKM Daerah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau, Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan (SPUK), Kelab-kelab Belia setempat, Kelab Belia Pahang & Penduduk Kampung sekitar. Jumlah penyertaan penglibatan keseluruhan adalah 200 orang.

Tarikh : 23 April 2017
Hari : Ahad
Tempat : Pengkalan Nelayan Sg Timun

Friday the 19th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates