Program Jelalah Pulau Pinang Lencana Pengembaraan KLKM PSP ini telah berjaya dilaksanakan pada 10 -12 Februari 2017. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan disiplin, kesopanan,semangat setiakawan, sikap kerjasama, dan sikap bertanggujawab dikalangan krew. Selain daripada itu, krew kelana yang terlibat dalam program ini berpeluang bermesra dengan masyarakat setempat, menjalinkan silaturahim bersama masyarakat setempat, mengenali sejarah sesuatu tempat serta melahirkan ahli pengakap yang cergas dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. 

 

Program Jelajah Pulau Pinang ini bermula dari Butterworth ke Goergetown dengan menaiki feri. Setelah tiba di Georgetown, krew kelana mula berjalan kaki menuju ke Masjid Tanjung Bungah untuk solat jumaat bagi pelajar lelaki dan seterusnya berehat untuk makan tengahari. Sepanjang perjalan ini, krew kelana menempuh beberapa tempat seperti Padang Kota, Gurney, Fort Conwellis dan beberapa lagi tempat.  Seterus nya pelajar menyambung pula perjalanan mereka ke Batu Feringgi dan Ke Sekolah Menengah Teluk Bahang untuk menginap dan berehat. Perjalanan dari Georgetown menuju ke SMK Teluk Bahang sejauh 21.9 km. Pada keesokan hari 11-02-2017 hari Sabtu Pelajar akan memulakan perjalanan menuju ker Sekolah Rendah Sungai Pinang Balik Pulau sepanjang 19 km. Sepanjang perjalanan mereka diperlukan melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh pemimpin seperti menemuramah penduduk setempat, bergambar di lokasi sebagai bahan bukti untuk dimasukkan ke dalam Buku Log Pengembaraan. Seterusnya pada 12-02-2017 pelajar akan bermula perjalanan mereka sejauh 23 km menuju ke USM Pulau Pinang. Bermula dari SRK Sungai Pinang pelajar akan menjalankan tugas di sekitar Balik Pulau. Walaupun menghadap cuaca yang amat panas dan terik pelajar tetap menruskan perjalanan dengan jayanya tiba di USM pada jam 5.40 petang. Setelah itu pelajar menaiki bas politeknik menuju pulang ke PSP pada jam 7.00 petang.

Impak daripada program ini, ianya dapat memberi pengalaman baru kepada krew kelana, meluaskan pengetahuan dan menjalinkan hubungan diantara krew serta meningkatkan keyakinan dan lebih bersemangat untuk mengikuti program-program lain yang akan dirancang. 

Untuk gambar sepanjang pengembaran, sila layari Facebook KLKMPSP

 

 

Wednesday the 14th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates