MENGENAI KAMI

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau nama ringkasnya KLKM adalah terdiri daripada gabungan kumpulan-kumpulan pengakap Kelana yang ditubuhkan di mana-mana institut pengajian tinggi di Malaysia. Keahlian kumpulan ini terdiri dari pelajar-pelajar  pengajian tinggi berumur 18 tahun ke atas dari Universiti Awam, IPTA, IPTS, Kolej – kolej swasta, Politeknik serta Kolej Komuniti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

SUDUT KELANA

Program dan aktiviti Krew Kelana menawarkan pengalaman dan keseronokan melaksanakan aktiviti di serata tempat dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar Negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merupakan sebahagian daripada Negeri yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). KLKM  adalah nadi kepada pergerakan  Pengakap di Institusi Awam & Swasta. Segala aktiviti KLKM diselaraskan melalui Negeri KLKM yang dianggotai oleh semua institusi yang menubuhkan KLKM. Sebagaimana PPM menganjurkan Kursus Ketua Enam Sekawan bagi murid sekolah rendah dan Kursus Ketua Patrol bagi murid sekolah menengah samada peringkat negeri atau peringkat kebangsaan, KLKM juga mengadakan aktiviti yang seumpamanya. Aktiviti tersebut adalah dikenali sebagai Kursus Ketua Krew Kelana (4K) bagi Pengakap Kelana yang berumur 18 tahun dan ke atas terutama Ahli Kelanasiswa atau Pelajar di Institusi Awam & Swasta.

Program ini seumpama perintis kepimpinan kerana ia adalah produk program KLKM yang diadakan di Malaysia. Program ini sesuai dijadikan salah satu daripada aktiviti kepimpinan bagi Universiti dan IPT kerana ia merupakan aktiviti yang sesuai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang boleh melibatkan penyertaan dari semua institusi awam & swasta yang lain di dalam mahupun luar negara. Peserta yang menyertai program ini akan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K).

 

Tarikh : 11 – 14 Ogos 2016 (4H/3M)
Tempat : Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Pedas, Negeri Sembilan
Jumlah Penglibatan : 99 orang

Tujuan program :

  • Peserta boleh memimpin dan selia sesuatu kumpulan dengan cara yang berkesan dan efektif.
  • Peserta didedahkan dengan Sistem Krew yang berkesan dan bersistematik bagi memenuhi kehendak Ko-Kurikulum Berkredit (KKB).
  • Peserta boleh merancang dan melaksanakan sesuatu acara atau program dengan baik.
  • Peserta boleh membuat Buku Log dalam bentuk portfolio dengan sempurna.
  • Peserta yang lulus akan dianugerahkan Lencana Kepimpinan dan dilayakkan ke Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K) dan melakukan beberapa aktiviti dalam Lencana Kemahiran mengikut Skim Latihan Pengakap Kelana ke arah mencapai Anugerah Baden Powell dan Kepimpinan Manikayu (2 Bead).

 

Program ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada semua peserta yang telah menyertai dengan jayanya. Pelbagai perkara baru dapat dipelajari oleh peserta. Sehubungan dengan itu, pihak JPT KPM, PPM Negeri KLKM dan KLKM IKTBN Chembong serta masyarakat dan organisasi setempat memberikan kerjasama yang diharapkan dan memuaskan. Sewaktu program, kami dapati sambutan dan kerjasama daripada setiap peserta amat menggalakkan. Harapan para peserta ialah kursus sebegini perlulah diteruskan.

Gambar Aktiviti

Ceramah oleh jurulatih KLKM

Jurulatih & Urusetia KLKM

Khidmat sukarela di Masjid Kampung Ulu Sepri

Khidmat sukarela di Masjid Tanjung Berangan

Khidmat sukarela di Masjid Tanjung Berangan

Majlis Penutup

Friday the 19th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates