JOTA atau Jamboree On The Air, ialah satu program di mana Pengakap berhubungan antara satu sama lain menggunakan Radio Amatur. Di peringkat dunia, JOTA telah diadakan sejak 1957. Pada tahun 2014, iaitu setelah 57 tahun, lebih dari 1.3 juta Pengakap dari seluruh dunia telah mengambil bahagian. Bilangan ini semakin bertambah dari tahun ke tahun. Sebilangan perhubungan pertama melalui JOTA berterusan kemudiannya dengan email dan surat menyurat antara pasukan-pasukan pengakap tersebut.

 

Tidak seperti Jamboree daratan yang mempunyai syarat dari segi usia, JOTA terbuka kepada semua peringkat umur. Syarat yang ketara cuma penggunaan Radio Amatur mewajibkan pengendalinya mempunyai lesen yang sah. Ramai pemimpin dan juga ahli pengakap yang mempunyai lessen tersebut. Walaubagaimanapun, pemegang lessen radio amatur ini ada di mana-mana dan bersedia membantu dengan hati terbuka. Di Malaysia, seseorang yang tidak mempunyai lesen, dibenarkan untuk mengendalikan peralatan komunikasi Radio Amatur dengan pengawasan pemegang lessen yang sah. Maka adalah lebih mudah bagi pengakap untuk bercakap sendiri ketika JOTA dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain.

Bermula dari tahun 2014, iaitu apabila Ibupejabat World Organization of Scout Movement (WOSM) mula beroperasi dari Kuala Lumpur, Malaysia menjadi stesen JOTA-JOTI yang paling berprestij untuk dihubungi menggantikan stesen di Geneva.

 

Stesen 9M4SJU

Sempena JOTA Kebangsaan Ke 5 berlangsung pada 6 Ogos 2016 KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA juga tidak ketinggalan untuk membuka stesen JOTA. Daerah Universiti Malaya, Kuala Lumpur diberi kepercayaan untuk membuka stesyen JOTA mewakil KLKM dengan maklumat seperti berikut:

  1. Lokasi :       Tasik Varsity, Universiti Malaya
  2. Tandapanggil Stesen :       9M4SJU
  3. Station Master :       Mohd Ikmal bin Zainuddin (9M2EDU)
  4. Pengurus Stesen :       Mohd Farouk bin Daud (9W2YOK)
  5. Aktiviti Stesen :       Rumah Terbuka
  6. Jenis Aktiviti :       JOTA
  7. Jumlah Penyertaan 
    1. Pengakap :       10 orang
    2. Radio Amatur :       9 orang
    3. Awam :       1 orang

Aktiviti-aktiviti

Selain dari aktiviti QSO menggunakan radio, antara aktiviti yang dijalankan ialah :

  1. Stesen CW (Morse Code) – Para peserta berpeluang untuk mengenali perkara-perkara asas tentang Morse Code, huruf-huruf Morse Code, cara menghantar mesej menggunakan “CW Keyer” dan juga cara-cara menerima mesej yang dihantar.
  1. Radio Direction Finding (RDF) / Fox Hunt – Para peserta diberikan pengenalan asas tentang apa itu RDF / Fox Hunt, contohnya bagaimana bagaimana aktiviti ini digunakan untuk menjejak haiwan untuk kajian. Para peserta juga diberi peluang melihat “demo” dan merasa sendiri bagaimana aktiviti ini dilakukan.

Usaha berterusan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia khasnya dengan kerjasama persatuan dan pengendali radio amatur dalam memajukan aktiviti radio amatur dikalangan orang ramai merupakan satu usaha yang amat memberi faedah kepada ahli Pengakap itu sendiri dan juga kepada orang ramai bagi mengenali lebih rapat tentang apa itu radio amatur. Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi namun berkat usaha setiap pihak yang terlibat pasti dapat membuahkan hasil untuk masa sekarang dan akan datang.

Saturday the 23rd. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates