Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di IPT peringkat kebangsaan 2016 adalah merupakan satu inisiatif program NBOS (National Blue Ocean Strategy) anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) dengan kerjasama JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DOSH), Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri KLKM, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Universiti Malaya. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia dan turut dihadiri oleh Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

 

Tujuan perlaksanaan program ini adalah bagi mendedahkan bakal graduan dengan Pengetahuan Asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebagai nilai tambah sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Pada masa yang sama, ianya dapat melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan menepati pasaran kerja. Seramai 550 orang pemimpin dan ahli KLKM dari 21 universiti awam dan swasta, politeknik, KKTM dan IKTBN dari seluruh Malaysia terlibat dalam program ini.

Seminar satu hari ini telah diadakan pada 11 Ogos 2016 bertempat di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sebanyak empat (4) topik ceramah telah di sampaikan sepanjang seminar ini. Turut menyampaikan ceramah Topik 4 adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBhg. Mejar Jen. (B) Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Zin Bidin bertajuk Pengurusan Risiko Dalam Aktiviti Kesukarelawanan. Para peserta juga berpeluang untuk berinteraksi dengan semua penceramah daripada JKKP dan PPM di dalam sesi dialog yang disediakan. Diakhir program ini, para peserta telah menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ir. Zailee bin Dollah, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya yang seterusnya menyempurnakan upacara penutupan program ini.

Thursday the 16th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates