Pada 20 Julai 2016, seramai 52 krew kelana KLKM Politeknik Seberang Perai (PSP) terlibat didalam misi bantuan bencana banjir di Teluk Bahang Pulau Pinang. Bencana banjir yang berlaku ini menjejaskan hampir 200 biji rumah di Kampung Teluk Awak, Teluk Bahang Pulau Pinang. KLKM PSP telah mengambil inisiatif untuk membantu meringankan beban mangsa banjir dari segi kerja-kerja pembersihan kawasan dan pemindahan barang yang terjejas teruk akibat banjir.

Misi bantuan bermula dari jam 1.30 petang hingga lewat jam 7.00 petang. Kedatangan KLKM PSP disambut baik oleh penduduk kampung. Dengan usaha murni ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh penduduk kampung disamping dapat berbakti dan bermesra dengan komuniti setempat. KLKM PSP dengan moto "SEDIA BERKHIDMAT"

Kerja pembersihan kawasan sekitar rumah penduduk kampung yang terjejas akibat banjir

Thursday the 16th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates