MENGENAI KAMI

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau nama ringkasnya KLKM adalah terdiri daripada gabungan kumpulan-kumpulan pengakap Kelana yang ditubuhkan di mana-mana institut pengajian tinggi di Malaysia. Keahlian kumpulan ini terdiri dari pelajar-pelajar  pengajian tinggi berumur 18 tahun ke atas dari Universiti Awam, IPTA, IPTS, Kolej – kolej swasta, Politeknik serta Kolej Komuniti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

SUDUT KELANA

Program dan aktiviti Krew Kelana menawarkan pengalaman dan keseronokan melaksanakan aktiviti di serata tempat dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar Negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengadakan kursus tersebut bagi tahun 2016 dibawah kelolaan Jawatankuasa Program Negeri dan Pasukan Latihan Negeri KLKM. Latihan ini adalah bertujuan untuk memenuhi syarat Lencana Kepimpinan dan Lencana Perkhidmatan serta melahirkan Pengakap Kelana ke Arah Baden-Powell  (BPA) yang berkualiti dan bersistematik disamping Anugerah Remaja Perdana dan Pengiktirafan Profesional Aktiviti Luar dengan cogankata "Transformasi 1K Kelana ke Arah IPP 2016" 

Butiran kursus seperti di lampiran :

Saturday the 20th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates