Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan WPKL dan Putrajaya, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) akan mengadakan Seminar Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di IPTA/IPTS Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 pada 11 Ogos 2016 (Khamis) bertempat di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Seminar yang akan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta prospek kerjaya dalam bidang ini di kalangan ahli-ahli pengakap kelana IPTA/IPTS.

 

Pengakap kelana yang hadir ke program ini layak untuk dianugerahkan LENCANA PENYELAMAT NYAWA. Sehubungan itu, semua Daerah KLKM yang berdaftar dipelawa untuk menghantar peserta dari daerah masing-masing. Maklum balas penyertaan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan kepada urusetia iaitu Cik Nurul Alnor (012-258 9811) melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau faks ke 05-454 4993 selewat – lewatnya pada 26 Julai 2016.

Surat Jemputan Aturcara Majlis

 

Thursday the 16th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates