MENGENAI KAMI

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau nama ringkasnya KLKM adalah terdiri daripada gabungan kumpulan-kumpulan pengakap Kelana yang ditubuhkan di mana-mana institut pengajian tinggi di Malaysia. Keahlian kumpulan ini terdiri dari pelajar-pelajar  pengajian tinggi berumur 18 tahun ke atas dari Universiti Awam, IPTA, IPTS, Kolej – kolej swasta, Politeknik serta Kolej Komuniti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

SUDUT KELANA

Program dan aktiviti Krew Kelana menawarkan pengalaman dan keseronokan melaksanakan aktiviti di serata tempat dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar Negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.

Poster Hinex (Higher Institution National Expedition & Camping) yang terbaru anjuran kumpulan latihan Kelanasiswa Malaysia, Universiti Putra Malaysia yang akan berlangsung pada 10 hingga 15 Oktober 2016 bertempat di Kem Hutan Nirwana, Universiti Putra Malaysia di kempas Bintulu Sarawak.

 

Click image to download

Friday the 19th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates