MENGENAI KAMI

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau nama ringkasnya KLKM adalah terdiri daripada gabungan kumpulan-kumpulan pengakap Kelana yang ditubuhkan di mana-mana institut pengajian tinggi di Malaysia. Keahlian kumpulan ini terdiri dari pelajar-pelajar  pengajian tinggi berumur 18 tahun ke atas dari Universiti Awam, IPTA, IPTS, Kolej – kolej swasta, Politeknik serta Kolej Komuniti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

SUDUT KELANA

Program dan aktiviti Krew Kelana menawarkan pengalaman dan keseronokan melaksanakan aktiviti di serata tempat dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar Negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.

Kuala Lumpur : Seramai 30 orang barisan kepimpinan pengakap Negeri Kumpulan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Institusi Pengajian Tinggi telah menerima watikah pelantikan daripada YBhg. Mej. Jen. (B) Dato' Prof. Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Majlis penyerahan watikah pelantikan Negeri KLKM telah diadakan pada 24 April 2016 di INTAN Wilayah Tengah, Jalan Elmu, Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Majlis Pengakap Negeri KLKM Tuan Hj. Ibrahim bin Ali dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad.

Pergerakan Pengakap di Malaysia (PPM) ditubuhkan dibawah Akta Parlimen No: 38, tahun 1968 Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia, pindaan Akta 143, tahun 1974 dan  pindaan Akta 409, tahun 1989.  PPM berperanan sebagai sebuah badan sukarela bukan kerajaan (NGO). Mengikut catatan rasmi, pendaftaran KLKM dengan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dibuat pada tahun 1988 dengan nombor pendaftaran (No. Pendaftaran PPM: 7/1988).  Sehubungan itu, PPM telah menjadikan KLKM sebagai salah sebuah negeri iaitu negeri yang ke 13 yang mempunyai ahli pengakap di samping 12 buah negeri lain di negara kita. Keunikan KLKM adalah sebuah negeri maya yang menaungi 51 daerah KLKM yang terdiri dari universiti awam dan swasta, politeknik dan institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Keahlian KLKM kini mencecah 2000 orang.

YBhg. Mej. Jen. (B) Dato’ Prof. Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dalam ucapannya berkata ahli Pengakap patut berbangga kerana pengiktirafan Pengakap bukan sahaja di Malaysia tetapi menjangkau seluruh dunia. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, George W. Bush, John F. Kennedy merupakan ahli Pengakap. Kofi Annan, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga merupakan ahli Pengakap. Bill Gates, pengasas Microsoft juga adalah Pengakap. Sebelas orang angkasawan yang menjejak kaki di bulan bersama Neil Armstrong juga ahli Pengakap. Tun Abdullah Ahmad Badawi mantan PM juga adalah bekas pengakap. Justeru itu beliau berharap semua ahli Pengakap sentiasa berusaha memartabatkan diri agar lebih terkenal di peringkat dunia.

 

       

Friday the 19th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates