Pada 23 mei 2018, bertempat di Dewan Kuliah ULPL, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah berlangsung dengan jayanya majlis perlantikan watikah bagi Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta Malaysia. Majlis yang berlangsung selama tiga jam itu telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohammad, PJK selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) bagi menyempurnakan penyampaian watikah dan ikrar persetiaan pengakap.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-Empat mentakrifkan ‘gelandangan’ sebagai orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap. Di hampir ke semua ibu kota di Malaysia dan lain-lain negara, gelandangan menjadi satu masalah sosial kerana keadaan hidup golongan ini mendedahkan mereka kepada pelbagai gejala sosial yang mendatangkan kesan kepada semua lapisan masyarakat. Pun begitu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan mereka hidup sedemikian kerana jika difikirkan secara lojik, tiada seorang pun manusia yang berfikiran waras mahu menjalani kehidupan yang tidak menentu dan penuh kesengsaraan jika mereka mempunyai pilihan yang lebih baik. Maka dengan itu, PPM Daerah Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong terpanggil untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik agar dapat diringankan beban dengan menganjurkan Program #KLKMprihatin 1.0 (Komponen Khidmat Masyarakat Anugerah Remaja Perdana). Program ini dianjurkan bersama Krew Pengakap Kelana (A) Gombak (KAGOM ROVERS) dengan kerjasama Rembau Sport Recreation Extream Club (RESREC) dan team sukarelawan yang lain.

 

Lawatan Kerja Penanda Arasan dan Kolaborasi Aktiviti Pengantarabangsaan KLKM 2018 ini telah diadakan pada 5 hingga 8 April 2018 di - Medan Indonesia. Delagasi lawatan KLKM disertai 17 pemimpin yang terdiri daripada berbagai daerah KLKM dari IPTA dan IPTS. Objektif lawatan ini adalah untuk melakukan penanda arasan perlaksanaan program Gerakan Pramuka, menjalinkan kolaborasi pintar pertukaran kepakaran kepimpinan kepengakapan antara KLKM dan Gerakan Pramuka Indonesia, dan juga meningkatkan kerjasama serumpun dan peningkatan kompentensi dalam melaksanakan program dan aktiviti kepengakapan antara Negeri KLKM dan Gerakan Pramuka Indonesia.

Majlis Apresiasi KLKM ini telah diadakan pada 24 Mac 2018 di Auditorium Jurutera Raden Umar, Fakuti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Majlis ini dihadiri sekitar 230 orang peserta yang terdiri daripada peserta dari KLKM UPM sendiri dan juga ahli KLKM dari IPTA dan IPTS lain. Majlis ini dianjurkan untuk memberikan penghargaan kepada ahli KLKM yang telah memperoleh pelbagai pencapaian yang cemerlang sepanjang menjadi ahli KLKM. Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk mengeratkan ukhwah antara ahli KLKM antara pelbagai IPT yang berbea. Pengisian majlis pada malam itu ialah Sesi Pengalungan Manikayu, Sesi Penganugerahan Sijil dan Majlis Pelancaran Majalah Kelanasiswa yang pertama kali diterbitkan untuk ahli- ahli kelanasiswa. Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh selaku Ketua Pengakap Negara.

Istiadat Perbarisan Dan Penganugerahan Baden Powell (BP-Award) & Manikayu Peringkat Kebangsaan PPM Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia IPTA/IPTS) Kali Ke IV 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 17-20 November 2017 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu. Istiadat kali pertama telah di adakan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan diikuti kali ke dua di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. Universiti Malaya (UM) telah menjadi tuan rumah pada kali ketiga. Manakala untuk kali keempat melalui Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di pilih sebagai tuan rumah bagi tahun 2017.

Penduduk Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Nerus teruja apabila melihat sekumpulan besar Pengakap beruniform lengkap membersihkan kawasan kampung mereka. Peluang ini tidak dilepaskan oleh penduduk untuk turut sama berganding bahu dalam program ini. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus (UniSZA) telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Nerus Terengganu pada 18 November 2017.

Thursday the 19th. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Joomla Templates